Assalamualaikum...
Ramadhan kembali lagi...
Selamat menyambut ketibaan Ramadhan
kpd seluruh umat muslimin dan muslimat
Ramadhan merupakan bulan yg ke-9 dlm
calendar Islam...
Ramadhan membawa maksud terik haba (
panas ) atau kekeringan dan perkataan Ramadhan berasal drpd akar ramida Arab
atau ar-ramad..
Seperti yg diketahui semua..
Umat Islam diwajibkan berpuasa pd
bulan ini..
Perkara ini jelas dinyatakan dalam
Al-Quran yg bermaksud :
“ Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan,
bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur'an sebagai petunjuk bagi
manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara
yang hak dan yang batil). Karena itu, barang siapa di antara kamu hadir (di
negeri tempat inggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan
itu, dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka
(wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada
hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki
kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu
mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu
bersyukur ”.
(surah Al-Baqarah, ayat
185)
Terdapat bnyk keistimewaan yg ada dlm
bulan Ramadhan ini seperti yg dinyatakan
dalam hadis..
Antara hadis yg menerangkan
keistimewaan Ramadhan :
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Rasulullah s.a.w bersabda :
“ Apabila tiba bulan Ramadhan , dibuka
pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta syaitan-syaitan
dibelenggu ”.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : Rasulullah s.a.w
bersabda :
“ Apabila datang bulan
Ramadhan , terbukalah pintu-pintu syurga ”
Keistimewaan Bulan Ramadhan :
· Ibadat puasa
· Pintu-pintu syurga dibuka dan
pintu-pintu neraka ditutup
· Pahala amalan berlipat ganda
· Doa sngt mustajab
· Terdapat malam lailatul qadar
· Solat sunat Terawih
Terdapat bnyk kelebihan ibadat sunat
puasa terutamanya dari segi rohaniah...
Dari segi rohaniah, ia boleh
menundukkan nafsu atau perasaan jahat yg mendorong kpd seseorg utk melakukan
kejahatan...
Ibadat puasa juga menguatkan
keperibadian dan menyucikan jiwa seseorang yg berpuasa itu..
Fadhilat solat sunat Terawih :
Malam
Pertama:
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru
dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam Ke 2:
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua
ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam Ke 3:
Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy’ supaya kami meneruskan sembahyang tarawih
terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam Ke 4:
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab
Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam Ke 5:
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam,
Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam Ke 6:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul
Ma’mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah
mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang
tarawih pada malam ini.
Malam Ke 7:
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam
menentang musuh ketatnya Fi’raun dan Hamman.
Malam Ke 8:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah
dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam Ke 9:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad
S.A.W.
Malam Ke 10:
Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.
Malam Ke 11:
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu
dilahirkan.
Malam Ke 12:
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam Ke 13:
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan
keburukan.
Malam Ke 14:
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada
menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam Ke 15:
Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya
Allah mengampunkan.
Ke 16:
Allahsubhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan
ke dalam Syurga.
Malam Ke 17:
Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala
Nabi-Nabi.
Malam Ke 18:
Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan
ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam Ke 19:
Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam Ke 20:
Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan
orang-orang solihin.
Malam Ke 21:
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam Ke 22:
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan
(tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).
Malam Ke 23:
Allah SWT binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam Ke 24:
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok
sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam Ke 25:
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.
Malam Ke 26:
Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun
ibadat.
Malam Ke 27:
Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas
titian Siratolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam Ke 28:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam Ke 29:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam Ke 30:
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam
terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “Hai hambaKu: Makanlah
segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan
mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air
daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama
‘Al-Kauthar”.
Fadhilat malam lailatul qadar :
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. :
“ Barang siapa menghayati malam Lailatulqadar dengan
mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman
dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang
terdahulu “.
Semoga kedatangan bulan Ramadhan ini
memberikan keberkatan kpd kita semua....
tq